Semalam entry berunsur 'matang' sikit dari aku. Hari ni entry berunsur ringan dan santai je.
Dari semalam sampai hari nie, kami...iaitu saya dan dia menggagahkan diri walaupun dalam keletihan berpuasa untuk meronda-ronda dan berjalan ke sana sini selepas melancarkan satu misi khas; MEMBURU BAJU PURPLE! Sungguh semangat bukan? :p
Lokasi pertama: Rahsia
Selepas naik turun dari satu tingkat ke tingkat lain, akhirnya kami terjumpa satu baju purple yang sungguh lawa segak sekali. Saya suka. Dia pun suka. Kami memang suka baju tu, sesuai untuk dia. Tapi bila tengok harga....adeh, rasanya perlu cari lain dulu kot. Akhirnya baju purple yang segak itu kami tinggalkan begitu saja.
Tabik spring toing3 pada diri sendiri sebab tak usha2 balik pun blouse yang berkenan hari tu. Kalau buat2 lupa, mesti dah gi beli blouse tu. Alang2 da sampi situ kot. Tapi mujurlah hati nie kental supaya tidak beli blouse yang cantik menarik itu.
Lokasi kedua: Rahsia jugak
Kat sini misi dia bukan nak cari baju, tapi cari komik dengan jam je. Tapi mata sendiri nie duk melilau gak tengok kanan kiri kot2 lah ada baju purple yang menarik hati, tapi tak nampak la pule sebab pergi situ sekejap cuma.
Akhirnya pulang dengan keletihan. Buka puasa pun lambat sikit, tapi takpe jarang dapat peluang pengalaman sebelum berbuka puasa yang mencabar seperti semalam. Hujan lebat. Basah kuyup. Kena aircond lagi. Penat lagi. Menggigil dan kejang kaki aku kejap sebelum sembahyang maghrib. Esok (harini laa) kami bercadang meneruskan misi lagi.
Lokasi ketiga: Plaza Alam Sentral
Kat sini, banyak kami jumpa baju purple. tapi banyak yang tak berkenan di hati. Tapi ada satu baju tu, sungguh smart! Harga dia? Lagi mahal dari baju kami jumpa semalam. Tapi baju tu smart oh!
Oleh kerana tak jumpa yang betul2 berkenan di hati kami dari segi baju tu sendiri dan harganya, maka misi ini ditunda sehingga masa yang sesuai muncul balik. Jadi selepasnya, kami jalan2 je la dengan misi memburu penyejuk di mata pule. ^_^
Susah rupenya mau cari baju purple untuk dia nie. Tapiii...demi purple, insyaallah jumpa kot nanti.
Adios amigos~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan