Salam..=)
Pagi semalam bergayut dengan Umi punya lah lama. Dari bercakap bab puasa, balik kampung, kerenah Amsyar, karenah Aqeel, hal Kak Long yang tengah sarat...emm lagi, haaa biskut raya. Saya suda bilang awal2 sama Umi balik kampong nanti saya mau buat biskut raya, jadi mahu Umi prepare awal2 bahan2 yang diperlukan..haha.
Dalam otak dah ade list biskut ape nak buat, yang pastinya biskut wajib adelah semperit. Lagi2? Biskut sarang semut, biskut tart nenas, biskut cornflakes dan biskut nagasari feveret dak2 kecik di rumah. Yang lain akan difikirkan nanti. Buat banyak2 nanti boleh la i bagi dekat Encik Rorou jugak macam last year kan? Tengok....i tak lupe dia langsung pun! Gedik la pule nak ber'i' nie..errk. =p
Tetibe Umi bercerita tentang ayam kampung!
Wahaha...jumaat petang nanti sampai2 je dari KL, bolehla makan gulai ayam kampung time buka puasa. Terima kasih la wahai Amar sebab tunggu kakak2 kamu balik dulu untuk korbankan ayam2 kampung mu untuk disembelih dan dibuat hidangan.
Sudah lama tak makan ayam kampung. Untung sungguh ada adik yang suka bela ayam kampung banyak2. Pastu bila semua adik-beradik ada kat kampung, baru lah dia mahu sembelih ayam2 kampung tu.
Selalunya Ayah (atuk ku) yang suka sembelih ayam kampung bila anak cucu dia pulang ke kampung. Sekarang adik sendiri pule. Kalau dia bela kambing agak2nya time semua balik kampung dia sembelih kambing dia tak? Haha...baik jual kan kambing tu.
Ade sape2 tak pernah rasa daging ayam kampung tak?
Rasa dia? Mesti la rasa daging ayam takkan nak rasa macam makan ikan kan..hehe, cuma ayam kampung isi lebih pejal dan dagingya sikit je sebab ayam kampung takde cucuk botox ke ape macam ayam2 yang dijual kat pasar tu.
Motif entry nie? Saja suka hati suka suki nak bercerita jumaat nanti adik saya mau sembelih ayam kampung Haha...lemoh ler aini nie. Kalau sape2 yang tak pernah rasa daging ayam kampung, boleh jugak tukar selera kejap kalau ada peluang jumpa ayam kampung laa. Cuba makan ayam kampung pule. Tak salah mencuba =)
Nota tak berkaki:
Sape kate tak best ada famili besar, adik-beradik ramai? Bahagianya hidup. Alhamdulillah =)
*Sumber gambar: Pakcik google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan