"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"
(Al-Israa' : 32)
Astaghfirullahal 'azim..
Zina bukan zina yang 'itu' sahaja.
Mata pun boleh berzina.
Mulut juga boleh berzina.
Tangan dan kaki pun boleh berzina.
Hati pun boleh berzina.
Dan aku amat takutkan seksa Allah swt itu.
Apa yang lain tahu punca hati resah sebenarnya?
Zina bermula dengan zina hati.
Ada yang masih berpegang kepada iman, ada yang tidak. Tapi zina hati lah menjadi titik tolak kepada bermulanya zina yang lebih besar. Ada yang masih mampu menepis hasutan syaitan, tapi sejujurnya mereka masih berzina hati (dalam kita tidak sedar bukan??). Zina hati, kalau tidak berjumpa dengan si dia sekalipun, kita masih berzina hati dengannya.
Ada yang tidak dapat menahan nafsu, maka terjadilah zina yang lebih besar. Bermula dari zina hati kemudian diakhiri dengan zina yang 'itu'. Sebab itu makin ramai anak luar nikah sekarang. Iman manusia setebal manalah sangat.
Peringatan untuk hati sendiri dan mereka2.
Salam =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan