»

Isnin, Ogos 09, 2010

Sunyi sangat ke hidup kamu dik oii??!!

Hairan bin ajaib. Malu pun ada. Ada juga perempuan yang dengan mudahnya menyebut perkataan "rindu awak", "miss u" etc kepada lelaki. Kalau terang2 cakap dekat famili ke, bf sendiri ke @ suami ke...siapa nak heran kan? Ni tak, mudahnya si perempuan nie cakap sesuatu yang perempuan2 lain yang tahu istilah malu takkan sewenang-wenangya cakap dekat lelaki yang kita baru kenal dekat fb (ambik contoh fb, sbb sekarang kan zaman fb). Bukan dekat sorang lelaki je, tapi 2, 3 atau sape2 saje yang dia rasa dia mahu. Oh perempuan!

Sunyi sangat ke hidup kamu dik oii??!! Sampai lelaki yang baru kamu kenal senang je kamu cakap rindu?
Sunyi sangat ke hidup kamu dik oii??!! Sampai kamu tanpa segan silu kacau hubungan orang lain?
Sunyi sangat ke hidup kamu dik oii??!! Sampai kamu hebohkan kamu tengah tunggu declare 'in relationship' walaupun lelaki itu mula sangsi "Who are u actually girl???" dan tinggalkan kamu bila rahsia kamu terbongkar? *Eh2..terpikir jap, tak malu ke kamu. Bertepuk sebelah tangan, kamu dah heboh2 dekat semua orang*

Bukan sorang lelaki je yang mula sangsi, "Siapa kamu wahai perempuan?", "Apa kamu mahu sebenarnya??". Tapi kamu dah buat ramai lelaki fikir begitu. Mungkin lelaki yang baru kamu kenal, mungkin lelaki yang baru suka kamu, mungkin lelaki yang belum tahu tembelang kamu, atau mungkin lelaki yang kamu sendiri cakap cinta hati kamu? Cinta hati kamu sendiri yang kamu tipu.

Bila cinta hati yang kamu tipu itu tinggalkan kamu untuk mendapatkan perempuan yang leih baik, lebih jujur dan bukan drama queen seperti kamu, kamu masih tak dapat terima kenyataan. Kamu ganggu perempuan yang jujur itu. Kamu juga masih ganggu lelaki yang kamu tipu. Tanpa hiraukan maruah seorang perempuan, kamu cakap kamu rindu dia. Tanpa kamu hiraukan perasaan orang lain, kamu masih lagi mengganggu hidup orang. Jadi puaskah kamu oh perempuan? Kamu bina hubungan dengan penipuan, kamu masih mahu mengganggu hubungan baru lelaki yang kamu tipu. Kamu masih mahu melukakan hati perempuan lain, kamu masih berulang-kali berkata kamulah cinta pertama lelaki malang itu, jadi kamu lebih layak untuk lelaki malang itu. Jadi, siapa pula lelaki2 malang lain yang kamu tipu dihati kamu oh perempuan?

Di mana malu mu oh perempuan? Sunyi sangat kah kamu? Terdesak sangat kah kamu? Hingga kamu tanpa segan silu meng'upload' gambar2 lelaki yang kononnya sukakan kamu dan mengatakannya itu buah hati kamu? Tapi kenapa lelaki itu sangsi, "Kamu selalu cari aku, tapi bila aku tiada..kamu cari lelaki2 lain." Dan lelaki itu tertanya lagi, "Please show me who are u actually girl??". Dan bila lelaki itu mula sedar dia ditipu, mungkin baru kamu ada perasaan malu sedikit kerana terlalu awal menghebahkan kekasih tak jadi kamu. Lalu kamu delete gambar2 dia. Dan mula mencari lelaki lain dan mengatakan kamu rindu lelaki lain pula. Oh, begitu sunyi hidup kamu rupanya.

Kisah kamu dengan lelaki bukannya satu, tapi banyak. Jarak masa pun sejengkal cuma. Bulan lepas kamu rindu lelaki itu, bulan kemudiannya bila kamu sudah bosan...kamu kata lelaki yang lain bakal declare 'in relationship' pula. Apa sudah jadi dengan lelaki yang kamu tipu dulu? Apa juga sudah jadi dengan lelaki yang kononnya cinta pertama kamu? Dia juga rupanya baru sedar ditipu oleh perempuan yang kononnya sayangkan dia? Berapa orang kamu mahu tipu? Oh perempuan...

Ye, kamu boleh tipu kawan2 kamu. Terutamanya kawan2 baru kamu. Drama queen. Kamu boleh reka cerita2 hebat kamu. Aku boleh lihat kawan2 baru kamu menyebelahi kamu, 'menyerang' perempuan yang dikatakan merampas 'cinta hati' kamu yang kamu sendiri tipu. Oh perempuan, hebatnya kamu! Sungguh kasihan perempuan yang kamu ganggu itu. Kamu rindu lelaki lain, kamu juga mahukan cinta lelaki lain, pada masa yang sama kamu mahu ganggu hubungan orang lain. Tidak puas lagi kah kamu wahai perempuan?

Sesunyi mana pun kamu oh perempuan, jangan sampai memakan diri. Jangan sampai mengabaikan maruah seorang perempuan. Jangan sampai bermain dengan hati dan perasaan orang. Jangan sampai kamu menipu sana sini. Jangan sampai mengganggu kebahagiaan orang lain. Kamu bukan selamanya muda remaja. Kamu bukan selamanya boleh begitu. Drama2 kamu tak selamanya orang akan percaya. Rahsia kamu tak selamanya akan tersimpan. Siapa diri kamu sebenarnya kelak orang akan tahu juga. Jangan sampai tiba masa kamu berkeluarga, kamu berkelakuan seperti zaman remaja mu. Jangan sampai kamu tolak kesetiaan kamu kepada suami mu, kerana ikutkan hati kamu yang masih merindui lelaki2 yang kamu suka disana sini di usia muda mu.

Dan kamu...rasanya kamu tahu..what u give u get back kan? Kamu patut risaukan apa yang kamu akan dapat kelak. Dan ingat..kelak jika umur kamu masih panjang, kelak jika dunia belum kiamat, kelak kamu ada suami...perempuan sejenis kamu pula mengganggu hubungan kamu. Apa kamu rasa? Dan jika kelak kamu ada anak lelaki remaja, perempuan sejenis kamu pula menipu dan permainkan hati anak kamu? Mungkin baru kamu mahu sedar sikap dan perbuatan kamu di usia muda mu wahai perempuan?

Saya sangat kasihankan perempuan jujur yang diganggu itu. Saya juga simpati dengan lelaki2 malang yang kamu tipu dan permainkan. Saya harap kawan2 kamu sedar kamu drama queen. Itu sebab saya beremosi sedikit. Oh ya..jangan orang seperti kamu mengganggu kebahagiaan diri saya dan siapa2 saja yang saya kenal. Nauzubillah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan