Sape kate tak best ada keluarga besar? Best wooo....sile percaya!
Bak kata tajuk lagu ct nurhaliza, Percayalah~
Sempat la jugak menconteng muka2 comel seperti di bawah sambil jaga dak amsyar. Suka suki je muka sendiri yang paling comel dalam gambar kan siap ada bunga sekali kat kepala (sila rujuk gambar).
Al-maklumlah, tak pernah ada waima sekeping pun gambar famili di mana muka2 hensem dan lawa bersatu dalam 1 gambar. Paling liat untuk bergambar umi, papa, abe chik dengan amar. Jual mahal sengoti sungguh T__T
Maka dengan itu, inilah dia satu2nya gambar famili yang ada..^_^
FAMILI SAYA (macam tajuk karangan sekolah rendah dulu2 kan?)
Amsyar & Aqeel, cekni ingat korang cuma xmuat nak lukis.
Keluarga besar dan ramai. Ape jawapan anda? *Boleh pilih lebih dari satu, jawab dalam hati je ok hehe*
A. Saya sukaaaa sangat2. Lagi ramai lagi meriah.
B. Untung woo ada famili besar, time susah senang ada yang tolong.
C. Saya suka famili kecik je, lagi senang tak banyak kerenah.
D. Euww! Please. Tak best langsung!
E. Saya nak anak ramai nanti. Tak kire!!
F. Saya takde pape perasaan tentang isu ini.
G. Famili besar ke kecik? Ape ku kisah.
H. Saya pun tak tau laaa.
********
Tiap kali kawan2 atau sesiapa je yang tanya berapa adik-beradik saya, antara reaksi diorang,
"Wow!!","Mak ai,ramainya!", dan ape ntah lagi.
Ramai ke? Orang lain ada yang lagi ramai kot. Tapi disebabkan rata2 kawan saya keluarga diorang kecik je mesti la diorang terkejut kan.
Mak ayah saya bukannya ada harta banyak seperti orang lain yang pernah saya kenal, pernah saya jumpa. Tapi anak2 lah harta mak ayah saya. Allah swt bagi rezeki dengan cara begini.
Pernah dulu masa form2, masa tu umi baru lepas lahirkan dik yie. Ada seseorang menjadikan kedai kopi sebagai tempat untuk perli umi dan papa kerana terlalu ramai anak. Dia mungkin lupa saya berada di situ sedang membeli barang, dan dia mungkin fikir saya ni cukup bodoh untuk tidak berkecil hati dengan kata2 dia. Ada kamu susah ke kalau tu rezeki Allah swt nak bagi? Tapi beberapa tahun kemudian, Allah swt nak tunjukkan sesuatu. Akhirnya dia termalu dengan kata2 sendiri, dan mungkin juga malu nak ke kedai kopi. Sekurang2nya umi papa ada anak selepas kahwin, bukannya sebelum kahwin!
Ok mari sambung ke cerita asal.
Mungkin bagi yang mempunyai keluarga kecil terfikir, macam mana hidup orang yang ada famili besar macam saya? Kalau mak ayah kaya, gaji besar rumah besar lain cerita. Kalau ayah sorang je kerja dengan gaji sesiput seciput macam mana? Alhamdulillah...setakat ni kami adik-beradik cukup makan cukup minum, cukup kain untuk tutup aurat sendiri, masih ada tempat untuk berteduh, cukup ilmu mana yang patut insyaallah dan yang penting masih cukup kasih sayang lagi malah semakin bertambah ceria bila masing2 dah besar nie.
Yang penting, boleh hidup jugak kan? Takde la mendatangkan banyak masalah bagi kami adik-beradik. Tapi susahnya umi papa nak besarkan kami 9 beradik, hanya Allah swt yang betul2 boleh membalasnya dan memberi ganjaran setiap apa yang mereka lakukan. Sob2...sebak kejap.
*tiba2 rasa malas nak tulis lagi, stop dulu boleh kan? nanti kita sambung next entry*
Mesej:
Sayangi keluarga kita. Keluarga besar atau kecik tak penting sebab tu masing2 ikut rezeki Allah swt bagi, yang penting "Family first".
Salam. aku cahaya mata kehidupan umi papa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan