»

Khamis, Ogos 05, 2010

Memasak Masakan Sudah Masak

Sungguh gembira, bila ada orang puji hasil air tangan kita.
*tangan leh keluar air ke? ehe..*

Sungguh rasa nak senyum memanjang, kalau orang yang
kita sayang cakap
rindukan masakan kita yang tak seberapa.
(^_________^)

Sungguh puas hati, bila kawan2 kenyang dengan
masakan kita yang ala kadar cuma.

Sungguh saya teruja,
tiap kali saya mahu masak @ buat sesuatu untuk dia makan.
Opss... ;-)

Sungguh kelakar, bila papa mahu makan sesuatu dan
mahu saya yang buat, maka dia akan mula berkias.
*tak nak terus-terang ye pa?*

Sungguh terharu, tiap kali balik kampung adik2 akan tanya
"Kak ayu, bila nak wat kek batik lagi? Dah lama tak makan."
Ataupun dik yie cakap "Kak ayu, bila nak buat biskut. Adik nak tolong lagi."

Sungguh saya tak tipu,saya kena belajar masak lagi
kerana umi cakap kalau tak reti masak tak boleh........
Oh!! :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan