Sebenarnya entry sebelum nie, Memasak Masakan Sudah Masak hanyalah sebagai mukadimah tuk entry nie. Pe nak cakap ye? Sungguh ntah pape tajuk entry tu kan...sebab takde idea nak letak tajuk pe.
Ok sekarang nak cerita pasal semalam. Sempena birthday amsyar, kak long ngan abang ali saja buat makan2...makan steamboat. Walaupun tu birthday si kecik amsyar, dia tak leh makan pape pun disebabkan faktor umur. Jadi biar kami2 yang dah besar ni meraikannya..haha. Cian amsyar. Kek kak long buat pun kitorang yang makan. Amsyar makan ape? Makan angin plus cuci mata je tengok kitorang.
Menengokkan banyak sangat makanan semalam, dalam hati fikir boleh habis ke nie? Dahla buat kat umah sebelah..nasib baik dak kecik tu tak jadi datang dan terus balik. Kalau tak kesian jugak kat dia mesti segan.
Pastu famili abang ali yang ramai itu asyik mengusik aku disebabkan ke'slow'an aku makan. Orang lain dah makan bermangkuk-mangkuk,aku baru makan semangkuk. Memang tak larat nak habiskan.
Jap2, sebelum upacara makan2 tu...sempat msg kejap dengan dak kecik tu. Dak tu cakap ayah dia cakap *banyak cakap pule* biskut yang aku buat tu sedap *walaupun dia sendiri tak cakap sedap*. Haha...i like!! Suka hati sekejap. Senyum lebar 3 saat. Tapi...tapi....segan jugak bila dak tu cakap mak dia cakap dekat ayah dia yang biskut tu aku aka ...dot...dot... yang buat masa mak dia pelawa ayah dia rasa biskut tu. Struktur ayat yang serabai. Segan yang amat pule...malu2 kucing sekejap.
Biskut batu. Terima kasih la kepada mak amal sebab resipi tu. *Amal sile jangan cerita kisah diatas kat mak ye, nanti mane mau ku sorok muka ku ini*. First time aku makan masa raya haji kat umah amal, terus suka. Sebab tu gatal mulut mintak resipi dan masa kak long balik kampung, tiba2 rasa gatal tangan nak buat biskut tu sorang2. Lagipun dah plan, kalau sempat buat biskut tu, boleh la bagi dak tu rasa jugak kan. Hehe..
Selalunya adik2 tolong. Bila buat sorang2...berjam jugak la baru siap semua.
Haa...cakap sal biskut batu nie nak cerita pasal abang ali lak. Dia tu memang suka perli aku buat itu ini tak sedap. Saja nak perlekeh biskut aku tak menjadi. Tapi sejak aku buat biskut tu, balik je kerja mesti dia bukak balang & makan biskut tu. Padahal biskut yang kak long buat tak habis lagi. Padan muka, kak long perli dia sebab balik2 je terus cari biskut yang tak jadi tu, bukannya nak habiskan biskut arab. Tu la...mau perli lagi, perli la banyak2..hoho.
Dan...dan, abang ipar aku tu kannnn....., siap curik biskut batu yang kununnya tak sedap plus tak menjadi tu masuk dalam balang plastik kecil. Tau mana dia mau bawak itu punya balang biskut batu? Dia mahu bawak pergi sekolah..makan2 kat sana dengan kawan2 cikgu-cikgi dia. Oh, biskut batu biskut batu. Laku jugak kamu2 ye~
ohoho...nie la biskot batu.....
BalasPadam