»

Rabu, Ogos 18, 2010

Sedih dan sayu [cerita dulu vs sekarang]

Sayu..hati ini makin sayu
Rindu...terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa, di hari bahagia...hari raya.....lalalala (sile nyanyi ikut lenggok suara ct nurhaliza ye)

Stop mengarut.
Memang rindu nak balik kampung, buka puasa kat kampung. Padahal nanti balik cuti berpuasa & raya kat kampung 3 minggu kot, dis is soooo pagel!

Cerita dulu (zaman farisian & matriks)

Masa masih pegang status farisian dulu, tiap kali nak balik sekolah pas cuti hujung minggu je mesti umi akan hantar aku kat stesen bas Kota Bharu. Jarak KB-PC dekat je cuma. Naik bas tambang berapa hinggit ye..dalam RM1.00++ kot, ingat2 lupa.

Tapi tiap kali bila dah ada dalam bas, tengok umi kat luar. Rasa sayu, sedih je. Padahal hujung bulan nanti boleh balik rumah lagi. Takpun keluar outing, jumpa umi. Kawan2 lain time outing, betul2 outing dengan kawan2 je. Tapi aku nie kes special sikit, tiap kali outing, tak sah tak date dengan umi kat KB tu.

Dalam bas, mula la aku rasa mata berair. Cepat2 tenangkan diri. Kang ternangis dalam bas malu woo, sebab farisian lain ade jugak (tapi junior la). Sedih, sayu je tengok umi. Lagi sayu bila bas dah mula gerak, tengok umi lambai2 kat aku. Oh2...T_T, kontrol air mata. Penat2 umi pun sanggup temankan aku datang KB, hantar aku kat stesen bas sebelum berdikari balik asrama sorang2.

Bila tengok ramai kawan lain mak ayah diorang hantar sampai ke pagar asrama, aku bangga sekejap. Sekurang-kurangnya aku berdikari, walaupun umi masih teman ke stesen bas tadi. Sampai je asrama terus call rumah, cakap aku dah sampai.

Sungguh tak suka perasaan sedih dan sayu itu. Rasa mau nangis je. T_T

***********

Masuk matriks pun gitu jugak. Umi jarang2 ikut hantar aku pergi stesen bas sebab biasanya aku balik arau malam. Yang hantarnya papa. Tapi tiap kali lepas salam dengan umi, naik kereta pastu...mula mata bergenang. Adeh...selalu takleh kontrol perasaan sayu dan sedih tu. Tapi kat stesen bas lepas salam dengan papa, perasaan dah ok balik. Kire sambung nak rasa sayu2 dalam bas pulak...hehe.

Cerita sekarang (zaman u)

Zaman u, kira dah makin matang konon. Dah pandai kontrol rasa sedih dan sayu, tapi kadang2...tertewas gak. Hoho..

Cerita terbaru...

Tiap kali lepas jumpa je, dia hantar aku kat bus stop seksyen 2 tu. Alah, dekat sangat kot dari bus stop nak balik kolej. Padahal esok boleh jumpa lagi kot, tapi ntahla. Tak tau kenapa, sebelum bas gerak..tengok dia masih lagi tunggu sampai bas tu gerak, rasa sedih pule. Hoho..pelik kan?

Nak2 lagi time dia hantar aku kat kl sentral. Time tu memang rasa taknak naik bas je...huhu. Lagi lama tunggu bas lagi suka sebab dia ada teman kat sebelah. Dalam hati ade jugak rasa kesian kat dia sebab menyusahkan dia. Tapi bila tengok dia pergi @ aku yang naik bas dulu...mesti dalam hati, "Ya Allah, apesal sayu dan sedih je nie? Minggu depan jumpa lagi kot."

Dan semalam, lagi buat aku sayu. Tengok dia berjalan pergi lepas hantar aku. Masa tu hujan gerimis. Tengok dia pergi sampai dia hilang dari pandangan. Oh2...memang syahdu. Sayu je hati. Dan teringat kata2 dia masa kami berjalan dalam hujan tadi. Ok saya akan sabar. T_T
*Sungguh tak boleh blah ayat disini...rasa nak gelak menyampah pun ade. Haha..*


P/s: Agak2 kalo dia baca mesti dia cakap "Sungguh suyu butul" tak? Haha...sempat menyakat lagi aku nie. ^__^v

Papai...salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan