»

Khamis, Ogos 26, 2010

Kalau saya ada anak nanti....

Kalau saya dah ada anak nanti (tetibe piki jauh gile), boleh tak nak request kat suami sendiri saya nak berhenti kerja jaga anak??? Jadi suriumah je. Agak2 boleh tak????

Serius, saya tak percaya orang lain boleh jaga anak saya dengan baik! Orang sekarang walaupun dah ada pengalaman jaga anak sendiri, tapi bila dibayar gaji untuk jaga dan mengasuh anak orang lain, lain ceritanya.

Rasa macam dah takde calon pengasuh yang sesuai untuk jaga anak selain ibunya sendiri. Calon lain yang layak adelah mak sendiri atau mak mertua, tapi agak menyusahkan diorang la. Bagai amaran kat diri sendiri, "Kau pandai kawen, pandai ada anak tapi bila bab jaga kau nak susahkan mak sendiri takpun mak mertua pule ye?".

Terpikir kejap, macam mana perasaan sendiri bila tengok lampin anak tak ditukar berjam-jam sampai naik ruam? Macam mana perasaan kita kalau anak kita dibiarkan nangis tak henti2 hampir sejam, tak dibagi susu, tak dijaga betul2?

Teremosi kejap sebab semalam saya dengar sendiri betapa kuatnya suara aqeel nangis selama hampir lebih setengah jam sebab diabaikan pengasuh dia. Terasa nak je sms angah, cakap tak tahan kesian dengar aqeel nangis dan rasa nak ketuk pintu umah makcik tu dan cakap "Kalau makcik tak boleh nak jaga anak sedara saya, biar saya yang jaga. Mungkin makcik sampai hati dengar baby nie nangis entah nak susu ke ape sampai suara dia sebatu pun orang boleh dengar, tapi saya tak sampai hati nak biar budak nie nangis".

Makcik tu tak tau ke budak2 mana boleh dibiar menangis meraung lama2?

Nasib baik boleh tahan sabar lagi semalam. Silap diri sendiri jugak biar je angah hantar aqeel suruh makcik tu jaga sedangkan aku ada. Takpe, kira semalam boleh tau la perangai sebenar pengasuh tu bila jaga aqeel. Hari nie, aqeel duk dengan cekni je ye. Hari2 lain tak tau la macam mana, kesian anak sedara aku.

Tengok....macam mana saya yang tak kawen, takde anak lagi nie boleh terpiki jauh taknak orang lain yang jaga anak saya nanti. Sebab orang yang betul2 layak nak jaga anak sendiri dengan baik adalah mak budak tu sendiri.

Sape2 yang baca nie, nak gelakkan saya....gelak jela. Bila dah ada anak nanti, tau la macam mana perasaan sendiri bila kita keluar bekerja, pengasuh pula tak jaga anak elok2. Jaga pun ala kadar saja. Tak masuk bab ada yang pengasuh suka dera bayi dan kanak2 lagi.

Sungguh aku tak sanggup nanti. *cakap kat diri sendiri*

Tapi kesiankan suami aku pule kan kena keje sorang2? Kalau duk kat kelantan boleh la hidup senang kos hidup rendah, kalau duk negeri lain aku taktau la. *haha...siap dengan piki sal husband lagi. Opps...terpromote negeri sndiri pule*


Agak2 Nanny McPhee nie boleh harap ke? Haha...=P


Ape merepek nie aini. Study pun belum habis, kau dah piki 5,6 tahun akan datang ye?
Nak gelak? Gelak la korang...tak kisah pun.


Nota tak berkaki:
Aku kesiankan kak long dan angah tiap kali diorang mengadu pasal pengasuh yang tak jaga amsyar dan aqeel sebaik-baiknya. Dan aku lagi kesian bila anak2 sedara aku jadi mangsa pengasuh yang emm...teruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan